Tuesday, May 26, 2009

Power Kids?


arituh gi mid tengok wayunk with suzie,sha,rical n fir. disebabkan ramai manusia kami beli tiket kat gold class kaunter. sebab kaunter len semua sesak mungkin derang tengok syurga cinta huhuhu..ape class tgk cite melayu hahaha.. memula nk tgk push tp x jadi nk tengok muvi yang relaks kepala otak so pilih la cite thai Power Kids! ianya tidak menghampakan...

Guru Lek (Arun Phawilai), seorang jurulatih tinju Thai telah menjadi guru kepada sekumpulan kanak-kanak untuk tujuan mempertahankan diri mereka. Beliau bukan sahaja seorang guru kepada mereka, malah bertindak selaku seorang ayah kepada kanak-kanak tersebut iaitu Wuth (lakonan Nuttawuth Boonrapsap), Catt (Sanisa Chindamanee) dan Pong (Paethaiy Wongkumlao). Ketiga-tiga mereka harus menjaga Wun ( Darun Tantivichitvej), adik kesayangan Wuth, yang menghidap komplikasi jantung. Jib (Navarat Techaratanaprasert), rakan mereka selalu menghabiskan masa bersama-sama mereka sambil menemani Wun.

Mereka secara kebetulan berada dalam situasi genting yang mengubah kehidupan normal mereka tatkala terpaksa menentang sekumpulan samseng satu hari kelak. Kejadian tersebut menyebabkan berlakunya serangan jantung mendadak ke atas Wun yang memerlukan pemindahan jantung segera. Mereka terpaksa bergegas ke hospital yang kebetulan sedang ditawan oleh sekumpulan penjenayah dan pengganas antarabangsa yang diketuai oleh “Peda” (Johnny Ngian). Mereka tidak mampu mengelak dari melibatkan diri dalam mimpi ngeri tersebut.

Di sinilah berlakunya pertempuran antara kanak-kanak berjiwa kental ini dengan pengganas kejam demi menyelamatkan nyawa Wun dan juga demi negara tercinta. Hanya dengan jalinan kukuh persahabatan, keberanian dan keteguhan hati mampu memberi kemenangan kepada mereka.

Title: Power Kids (Haa Hua Jai Hero)
Director: Krissanapong Rachata
Starring: Johnny Nguyen, Nanthawut Boonrubsub, Sasisa Jindamanee
Official website: www.powerkidsmovie.com

3 comments:

Mohd Ahmad Ferk said...

sempat lagi perli aku tu?
chait!
baru ingat nak tgk citer nie..
tapi bila da baca sinopsis dia tak jadik plak nak tgk..
hahahaha!

frogies said...

laa, MAF ko tgk surga cinta ker...
ermmm...
pelik jer...
ala, g la tgk...
besh citer ni, klako...
hehehe...

elva said...

terase ke?

caitttt!! huk alooohhh!!

*best gilakkk