Monday, May 25, 2009

Isnin dan Mesyuarat Kelab

isnin ialah hari yang paleng membusankan! disebabkan ade meeting xleh la aku merehatkan diri hari nie., pg nie jek rm3.70 tmbg cab dr sentul.. jalan x jem tp driver cina kopet tuh duk membebel pasal punat door lock dia. aku tengok semua di ikat ngan tali tangsi tuk tarik hahaha..lawak pon ade cina kopet tuhh..tersenyum jek aku dengo..

Friday, May 22, 2009

Love Voice!

Mad World

All around me are familiar faces
Worn out places, worn out faces
Bright and early for their daily races
Going nowhere, going nowhere

And their tears are filling up their glasses
No expression, no expression
Hide my head I want to drown my sorrow
No tomorrow, no tomorrow

And I find it kind of funny
I find it kind of sad
The dreams in which I’m dying
Are the best I’ve ever had
I find it hard to tell you
‘Cos I find it hard to take
When people run in circles
It’s a very, very

Mad World..
Mad World..

Children waiting for the day they feel good
Happy Birthday, Happy Birthday
Made to feel the way that every child should
Sit and listen, sit and listen
Went to school and I was very nervous
No one knew me, no one knew me
Hello teacher tell me what’s my lesson
Look right through me, look right through me

And I find it kind of funny
I find it kind of sad
The dreams in which I’m dying
Are the best I’ve ever had
I find it hard to tell you
‘Cos I find it hard to take
When people run in circles
It’s a very, very

Mad World..
Mad World..
Mad World..
Mad World..

Thursday, May 21, 2009

Family Day!!

Sabtu yang lepas jabatan aku wat family day kat hutan lipur kanching kat rawang. walaupun kenderaan jabatan di sediakan opismate aku nak jugak gi secara konvoi huhu. lebih thrill katenyer. so pg tu kami bertolak dalam kul 8.30 dlm 3 buah kete huhu..disebabkan masing² tak tau jalan kami guna walkie talkie hahaha...cam nk gi penang jekk..kecoh jek lebih. ngam² kul 9.30 kami sampi. terus jek park n wat pendaftaran n ambik no bertuah *121* canteksss

cam best jek...tp x best ponnn

then terus gi kat khemah terus ambik breakfast yang disediakan oleh Siti Catering.. nasi lemak nan ado yerr.. pastu terjerit² la mc bitau ade senam seni pagi tuhhh...xde maknenyerr kiterorg melepak jakkk sambil bergosip hakhak. ramai la yang bawak laki, anak, mak, adek, bapak, anak sedare, pakwe pun ade ntah jd ahli keluarga pun lum tentu huhu. meriah la jugak..apa taknyer time ni la nak tayang kannn

senam x seni

aku n kengkawan malas jek nak join aktiviti derang arituhh kami semua pasif..punggung melekat kat kusi sejak datang haha..tak kosa nk lari bawak bola ping pong dalam sudu huhu... tujuan tu ingt nak dapat no bertuah laa..tu yang duduk jekk. sowang² opismate aku dapat ade yg dapt beras seguni, mangkuk itulah mangkuk inilah yang dpt beg duit syiling pun ado...kesian miskin benor kelab jabatan aku huhuhu..sebab dengor² tak ambik tajaan tuk family day tahun nie bulat² pakai duit kelab..hurmmm nek busan aku menunggu aku pun gi bilik air.. mak aikhhh rm0.50 sekali masuk betul² makan duit orang.. terkojut akuu.. balek dr toilet suzi bitau no aku nek dapat hamper jekk..caittt ingat dapt la barang mahal² tak merase leee..

memanjat

majlis abes dalam kul 1 tghri gitu..kami dh x tahan nk melompat kat air tejun kt atas terus jekk pi tuka baju n memanjat laaa...bole tahan laaa tinggi dia naik mencungap aku abes napas tp tak leh lawan ketinggian air tejun gabai kat langat..dl 10 min smpi atas ramai orang dahhh..nk cr port pun susah sbb kt situ banyak monyet aka beruk yang bekeliaran secara suke² mereka.. nak letak barang pon susah. seb baek kakak mazni ade..dengan rela hati dia menjaga beg n makanan.. tengok keadaan tak berape best ramai plak kaum sejenis ngan samy vellu tgh syok mandi manda huh... dpt je port melompat n nk wat yoga terus jek melekat..tak bape best laa banyak batu n sampah daun. saket jek kaki aku merah² kn batu..sakettt dlam sejam gitu kami pun blahh. moral of the story adelah tak payahlah korang nk gi hutan lipur kanching nie tak seronok langsung air terjun pun tak best banyak binatang peliharaan plak huhu..

nie la binatang peliharaan kanching

Sunday, May 17, 2009

Hidungku Kembang?

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya… huhu :)

  • Hidung panjang :

Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

  • Hidung kecil :

Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

  • Hidung paruh burung :

“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

  • Hidung tajam :

Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

  • Hidung lurus:

Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

  • Hidung kembang:

Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

  • Hidung runcing:

Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

  • Hidung pesek:

Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda


p/s kengkawan ku kate aku hidung kembang...cam gud² je derang. ingt hidung derang tuh lawa sangat ke? cam ahli sihir pun ade...wawawawa

Hafiz Juara AF 7


TAHNIAH!

itu saje yang mampu aku ucapkan pd pelajar AF7 apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil malam tadi. walaupun tak mengikuti sangat tapi aku teringin nak tengok final huhu. seperti yang di jangka lahh pemenangnyer..

Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi fuhhhh....banyak giloss hadiah cam gud² jek penaja tuhh


apa pun aku banyak tak setuju dengan komen pengkritik..macam semuanyer bagus jek bebudak tu wat perform huisshhhh...bodek final la tuhhh hahaha