Saturday, September 12, 2009

22 Ramadhan

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...


lagu nie tetap melekat dalam kepala otak aku..pada aku lagu nie menyimpan seribu kenangan. kenangan yang sentiasa subur dalam ingatan. pejam celik 22 Ramadhan dah menyentuh kita. aku nak menyambung cerita 17 Ramadhan.

waktu aku dan keluarga sampai di kampung petang tu keadaan memang sayu....hujan panas renyai menitik hinggap di kepala kami. seakan tahu kesedihan keluarga kami. keluar dari teksi pakcik suradi, aku sudah melihat kelibat atok jantan dan maksu ku di beranda rumah. atok bangun dan mendapatkan mak.. dan memeluk mengatakan 'dia dah tak de'...aku sebak. kami berpelukkan di tangga..piluuu. kehilangan yang teramat kami rasakan waktu itu.. sambil di tenangkan oleh abah. kami naik ke rumah.. di ruang tamu aku nampak sekujur tubuh berbaring dengan ditutup kain lepas batik jawa dan setanggi kemenyan menerawang di seluruh rumah. tetiba aku rasa takut. maklumlahh waktu tu aku kecik lagik. bila cakap pasal mati mesti ayat 'hantu' tu keluar dari mulut. masa aku masuk penglihatan aku kabur tak nampak seorang pon sepupu2 aku..sebab asap kemenyan kottt...lama aku berdiri memerhati baru aku perasan pakcik2, makcik2 dan sepupu aku semua ada rupanya..mereka sampai lebih awal. khusyuk membaca Yassin dan Al-Quran. paleng basah muka maksu... kesian dia.. dia anak bongsu mesti dia rasa sedih. mak aku adek beradik dia 10 orang tapi ade sepasang kembar. seorang hidup. yang seorang lagi meninggal waktu kecil jadi ade 9 orang semuanya. ramaikannn.. belah abah plak cuma 2 orang jek..sikit plakk hahaha. Jenazah atok betina di semadikan pada petang tu juga. lupa pulakk.. pakcik aku yang di Sabah jek tak sempat jumpa arwah atok betina sebab dia bertugas sebagai tentera waktu tu.. dia sampai keesokkan hari. sian dia... rasa kesal tak dapat jumpa pada saat akhir katanya. tapi aku tahu waktu tu dia redha pemergian atok betina. melambatkan pengebumian orang meninggal tak baik kata mak.. waktu tatapan terakhir..kami diberi peluang untuk cium atok..sedihnya...seingat aku aku cium pipi atok betina. kata mak jangan sampai membasahi jenazah tak elok.. jadi sebelum cium atok aku lap airmata. wangi bau atok waktu tuu....bersih, dan wajah atok seakan senyumm.. Alhamdullilah segalanya selesai selepas itu. kenduri arwah atok kami sekeluarga buat dlm 7 hari berturut-turut..

Itulah kehilangan pertama yang melanda keluarga aku. sedihhh.. apa-apa pun untuk 'atok betina'(Rusiah Sidek) dan atok jantan (Hamzah Hj Nawawi) yang meninggal dunia pada tahun 2000 kalo tak silap..semoga atok aman di sana... Selamat Hari Raya Atok! Insyaallah Raya nanti kita ziarah pusara Atok... Al- Fatihah dari Tuty Tirana untuk Atok berdua..semoga Allah selesa kan kehidupan atok berdua di sana...Amin

No comments: