tarikh bagi aku yang penuh cerita. setiap kali tarikh ini datang aku semacam mengimbas kenangan aku sewaktu kecil dulu.. seingat aku pd umur aku 10 tahun yang pada ketika tu aku dalam darjah 4.. ketika itu arwah nenek meninggal..ia merupakan saat aku kehilangan orang pertama dalam keluarga..sedih yang teramat sangat waktu itu...mak dan abah datang menjemput aku di sekolah secara tiba-tiba. pada waktu tu aku terpinga-pinga apa yang sedang berlaku. tp naluri hati seakan tahu ada sesuatu telah berlaku. mak dan abah sangat sedih waktu tu terutamanya mak...muka mak basah..mungkin mak menangis..bila ku tanya semasa pulang ke rumah mak hanya kata atok betina (pangilan untuk nenek org jawa) dah meninggal dunia. mak cakap tersekat-sekat. pilu dan sedih bila aku mendengarnya.. kebetulan along dan angah waktu itu tak sekolah sebab sakit perut. mereka sibuk menolong mak mengemas baju tuk kami sekeluarga pulang ke kampung pd petang tu juga..sepanjang perjalanan aku tertanya-tertanya kenapa atok betina meninggal..sakitkah? atau ade perkara lain yang terjadi. sepanjang perjalanan kami ke kampung di pontian johor mak hanya mendiamkan diri, sesekali mengelap mata yang basah. abah leka berborak ngan pakcik suradi yang merupakan pemandu teksi yg tinggal dekat dengan rumah aku. setiap kali cuti sekolah mak dan abah akan hantar kami kekampung untuk menghabiskan cuti bersama atuk dan nenek. bukannya mak nk lepaskan tanggungjawab cuma mak nak aku,along dan angah dapat berjumpa dan bermesra dengan sepupu2 dan menceriakan atok betina dan atuk jantan..hurmmm indahnya kenangan aku bermain di ladang nanas atuk janggot bersama sepupu2 yang semuanya lelaki tu..abg baha, abg andi,abg zakir,abg tapa....huhu. mencurik buah, panjat pokok petai, berbasikal keliling kampung, mandi parit, main bunga api yang atuk jantan belikan....tapi sekarang semuanya dah lenyap..dah sepi..kalau pulang ke kampung dah tiada suara atuk memanggil...rindu nyaaaa... abg baha dan abg andi pun sudah meninggal dunia kerana menagih dadah...kesilapan besar yang mereka buat dalam hidup.muda-muda dah mati. yelahhh ketika kami semua meningkat dewasa masing2 dengan haluan sendiri. abg zakir seakan melupakan kenangan kami. dulu... tidur mesti bawah ketiak abg zakir dan dia suka mengajar aku menyanyi. sebelom tido macam2 lagu dia ajar.. sekarang bila berjumpe macam tak pernah kenal seumur hidup. aku tak tahu sebabnya.. cuma abg tapa yang tinggal. masih berhubung dan dia duduk di negeri sembilan kerana bekerja sebagai polis...dia saja yng masih menegur dan kadang2 menelefon.....*hampir terlupa kisah atuk betina. sesampai di kampung hujan panas renyai2 mengiringi pemergian atuk betina...aduhhh tak sanggup aku nk bercerita....tunggulah aku akan sambung hari lain...
3 comments:
:)
bila ingat balik waktu kecik2
raya memang selalu fun kan c's.
:)
nanti sambung cerita ni k
raye ni time kecik je best!
time skang da da tak best da..
lagi2 nak kene bagi duit raye..
huahuahuaha!
rm500 je tahun nie?
sorang singgit bleh?
hahahaah!
raye dulu memang seronok....lagi2 mase atok dan nenek ade....seronok sangatttt!
kenangan tersemat..
Post a Comment