Friday, August 22, 2008

kerjaan atau melencong??

hah! huhuhuhu sebenarnya aku tak tahu nk wat entry apa. tp memandangkan aku nak balek kampung ahad nie so terpakse la aku coretkan sedikit cerita tuk kamuh2 membacanya.. aku akan bercuti selama seminggu start ahad nieh.. dah lama gile tak balek kampung dah rindu ngan reban ayam aku huhuhu takdelaaa.. rindu yang mama aku laaa. so aku nak wat sedikit summary la kirenya tuk bulan 8 yang hangit nieh.bekerja di national library bukan seindah yang kamuh sangka banyak ranjau liku yang aku hadapi untuk samapi ke tahap seperti hari ni..kerja yang tak kenal erti penat memanglahh membuatkan aku sangat kuat sampai arinieh. tapi dalam sebok sempat jugek aku pergi ke care4 n ikea bulan ni aku berbelanja pun bersebab. tuk beli wedding gift n bag..dah lama tak beli bag kann terase la gatal2 tangan tuhh memilih bag kt care4 aku nie tak memilih jenama janji leh pakai sudehh...tp yang besh bag dapat kasut sampi 3 aku cekauuu hahaha. aku bukan nak abiskan duit tapi tu la aku kalo membeli tak tengok beg duit dahh...lanyank jekk. abis cucuk jekk huhu. tp bulan nie memang aku pokai sebab banyak kali outstation pi kedah dekat 3 kali pastuh perak plak cam pi kedai depan rumah jekk seminggu 2 kali musti pi sane tuk program. melaka pun 3 kali..umbai? aku dah bosan makan situh x sedap mane punn.. memang aku leper dikerjakan. kesian aku huhu bag tuh tak mahal beli yang tengah sells kann...dapat rm 49.90. aku ske warna dia coklat putih senang match.. sebab baju kerja aku banyak yang coklat gelap hehehe... larik dari warna peberet hijo huhu..tak kesahlah warna apa pon janji aku ske bag tuh sudeyhhh.. kalo ikutkan aku beli kasut tuk bulan nie 4 pasang.. huhu.beli kt care4 wangsamaju, ampang park, kat pdg besar kedah n satu lagik aku lupe kat mane... kelakar bile teringat aku beli kasut kat Padang Besar menawar harga samapi kepala aku lentuk kat bahu kakak yang jual tuhhh..hahahaha dapat penangan sangat!!! and the best thing aku dpat harga yang aku nakkk. price sangat menggagumkan tp paling mahal kasut hijo elle ku ituhh.... haihhhh pokai..pokaiii.. tp bile ingat2kan kata2 suzie alaaa... berapa sangat la kannn dengan gaji 50K aku tuhhhh huahuahuahua.... cesss!!! alaaa tak kisahlah bukan selalu pun aku jadi pokai kannn..tuk bulan nie jekkk...bulan depan dah puasa soo... rasenya dok diam-diam kat opis jek laaa... mungkin akan keluar sekali dua kali tuk lihat suasana persiapan hari raya orang kl.. kire window shopping laa.. lebihkan beribadah katenyaa..huk alohhhh. duit kene simpan laa puasa nie sebab raya tahun nie ramai sepupu aku yg kecik2 dr singapore nak serbu rumah so duit raye tuk derang kene spare aaa. Tapi naseb aku kire baik sebab raye ketiga aku dah kene kerja so selamat la jugekk!! lalalalala
kat sebelah tuh laaa..barang2 yang aku sempat beli mase kat padang besar. tshirt, kasut, tudung, kain, blaus, survenior diri sendiri n etc. semua tuk aku jekk. Pic kat bawah nie plak masa aku pi wang kelian.. aku beli pisau benet nk kasi bapak aku peberet tuhh tuk pi mancing, gelang tuk mak aku buat tuko2 pakai huhuhu mas siam dek nonnn.. tuk aku pistol lighter, cincin batu sirih siam warne kuning, span muke, eyeliner, cermin mate, survenior n tiket gi gua kelam huhuhu best gile!! dalam tak banyak entry tuh beratus duit abes bulan niehh...haikhhh tu yang cam plan balek kampung save bajet hakhakhak apa taknyaa makan berak cangkung huahuahuahua.. takpe abah masih larat nak tanggung aku okehh.. bukan aku sorang jek memborong kat padang besar n wang kelian si pijot n fifi pon sama.. lebih banyak derang beli dari aku sampai van penuh ntah apa yang derang beli pon aku tak tau berat cam batu huhuhu.. jeles gak aku ngan fifi bile dia borong tshirt bola adidas haikhhh...geramm jek saiz aku takde argghhhhh!!! terpakse la beli tshirt adidas yang biase2 tuh. jeles jamgan cakap laa..tuk pembalasan aku beli buah mata kucing haiyooo sekilo rm4.60 demand gile pakcik siam tuhhh..tapi aku tak kesah sebab buah tuh sangat sedap okehh rangup gilerrrr tak terhingga kesedapan dia sampi nk terjemah kat ayat pon tak tau.. jadi aku syorkan kat korang kalo pegi padang besar jangan lupe beli buah mata kucing meowwww!!!! cite pasal makan nieh aku paling suke masa kat jeti kuala perlis penuh meja aku.. huhu makan tuk 4 orang tapi cam 10 orang yang nk melantak huhu menu kat situ sangat sedap siap leh tawar2 harga lagik hahaha..besh2. dari ikan bakar samapai laa sotong masak sambal huhuhu aku makan kat jeti tuh 2 malam disebabkan sedap gile!! tak tipu!! korang kalo datang sana cari gerai no 3. musti dapat speacial price aku pon makan tak sampai rm100 pon...banding sangat kalo makan kat umbai.. ikan kecik masak pun x sodap cam bakar dalam tanah huh! so pergilah jeti kuala perlis seafood fuhhhhh............ kakak tuh masak memang superb!! erk..alhamdullilah..


nota kukukaki : pergilah melancong! cuti cuti malaysia....lalalala

Monday, August 18, 2008

Wednesday, August 13, 2008

Cant Smile Without You

You know I cant smile without you

I cant smile without you

I cant laugh and I cant sing

Im finding it hard to do anything

You see I feel sad when youre sad

I feel glad when youre glad

If you only knew what Im going through

I just cant smile without you



You came along just like a song

And brighten my day

Who would of believed that you where part of a dream

Now it all seems light years away



And now you know I cant smile without you

I cant smile without you

I cant laugh and I cant sing

Im finding it hard to do anything

You see I feel sad when your sad

I feel glad when youre glad

If you only knew what Im going through

I just cant smile



Now some people say happiness takes so very long to find

Well, Im finding it hard leaving your love behind me



And you see I cant smile without you

I cant smile without you

I cant laugh and I cant sing

Im finding it hard to do anything

You see I feel glad when youre glad

I feel sad when youre sad

If you only knew what Im going through

I just cant smile without you




Nota Kaki : Seharusnye korang tahu aku bole senyum walau tanpa korang...tapi aku takut korang kate aku gile huhuhu

Saturday, August 9, 2008

Api kah saya??

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Friday, August 8, 2008

futsal!

kelmarin kan aku ade cite pasal men futsal kan...tp tak sempat nak cite pasal gems tuh. kami men kat wangsa maju tempat baru..tak bape besar court ade 5 jek. dulu pernah men kat futsal center kat ampang sana lagik besar.. aku,wanie pi nek myvi suzie. echa n adek kesayangan dia nek saga..az, rical, im n wife n fir nek moto kami hanye 11 org jek.

Photobucket
menunggu dak suzie!

Gems start kul 8 kami telat 10min biase aaaa...tp kami tetap men gak..hahaha aku jadi golly laa apalagi. lawak jek men sungguh2 tuh x leh blahh hahaha...lum lagik aksi2 stooges depan pintu gol hahaha..tak leh lupe time tuhh!! sampai liza wife im injured kene bola bibir pecah terkene pendakap gigi huhu sian.. dpt men 15 min jek. tak pe liza next time kite men lagik eahh...jgn serik men ngan kami yg ganas nieh hahaha.

Photobucket
aku. suzie. adek echa. echa. wanie
lepas berhempas pulas men sampi abes tenaga dlm kul 9.10mlm gitu kami pun blah..makin ramai lak yg masuk tempat tuh lepas kul 9.30mlm. setahu aku lepas kul 9.30mlm rate lagik mahal kami kene rm85 jek..murah aaa tuu..lepas tu kami decide nk lepak kt seksyen 2 wangsa maju warung umah lama nanie..kami mmg ske buat bising kat situ..abg kt situ pon dh biase ngan kami. Brother kt situ sindir aku sbb suh bukak kipas beso dia mangkuk betol brother tuhhh..tp xpe aku nyer mood malam tuh sangat stabil so aku tak balas cool jekk...maintain ..so kami pedajal brother tuh kami minum jek kat situ pastu blah hahahaha....padan muke..
Photobucket
wani n rical aksi monumen
kami tepon im yg wife dia kn bola td tuhhh..(dia balek awal kononnyer takmo lepak ngan kami) so kiteorg serang umah dia.. dekat jek kat Wangsa Metroview condo....so kami beli burger n roti bakar tuk makan2 kat umah dia..sampi sana kami cam jakun tgk umah dia yg cantik urban kontemporari sangat huhuhu cam taik cicak hahaha....bini dia ske hitam puteh..btw aku ske collection shell bini dia...turun temurun beso2 n cantek..tak de anak bleh laa colecction mende2 tuhhh..kalo dpt anak sedare aku habesss laaa...hahaha serombong kapal sangat!!!


Photobucket
us!

so lepak borak2 dlm kul 12 kiteorg balek laaa..sok kje huhu

Thursday, August 7, 2008

Wednesday, August 6, 2008

Take a Nap? Restless!

five recent findings that might help you rest easier
1. We sleep better than we think we doFor most of us, sleep deprivation is a myth. We're not zombies. The non-profit National Sleep Foundation (which takes money from the sleep-aid industry, including drug companies that make sleeping pills) says the average U.S. resident gets 7 hours a night and that's not enough, but a University of Maryland study earlier this year shows we typically get 8 hours and are doing fine. In fact, Americans get just as much sleep nowadays as they did 40 years ago, the study found.

2. We need less sleep as we ageWe'll die without sleep. The details are sketchy, but research suggests it's a time when we restore vital biological processes and also sort and cement memories. Last year, the World Health Organization determined that nightshift work, which can lead to sleep troubles, is a probable human carcinogen. On the upside, the latest research suggests we need less of it as we get older.

3. You can sleep like a baby (or Thomas Edison)Multiple, shorter sleep sessions nightly, rather than one long one, are an option. So-called polyphasic sleep is seen in babies, the elderly and other animals (and Thomas Edison reportedly slept this way). For the rest of us, it is more realistic and healthy to sleep at night as best we can and then take naps as needed. EEGs show that we are biphasic sleepers with two alertness dips - one at night time and one mid-day. So talk to HR about setting up a nap room, like they have for NASA's Phoenix mission team members.

4. Animals exhibit a range of sleep habitsThe three-toed sloth sleeps 9.6 hours nightly. But newborn dolphins and killer whales can forgo sleeping for their entire first month. However, the latter extreme is not recommended for humans. We grow irritable and lose our ability to focus and make decisions after even one night of missed sleep, and that can lead to serious accidents driving and using other machinery.
Photobucket

5. Get used to being tired, hit the deskThe bottom line is that a good night's sleep is within the reach of most of us if we follow common-sense guidelines for sleep hygiene:

  • Go to bed at the same time nightly.
  • Set aside enough time to hit that golden 7 hours of sleep.
  • Refrain from caffeine, heavy or spicy foods, and alcohol and other optional medications that might keep you awake, four to six hours before bed-time.
  • Have a pre-sleep routine so you wind down before you hop in.
  • Block out distracting lights and noises.
  • Only engage in sleep and sex in bed (no TV-watching, reading or eating).
  • Exercise regularly but not right before bed.

But you already know all this and you don't do it. So your realistic plan might be to surrender to the mid-day desk nap.


Tuesday, August 5, 2008

Aiman oh Aiman!

Selamat Pagi!

wah! Sinikal jek ayat aku tuh. nway pagi nie start kje balek selepas off satu hari smlm, setelah 2 minggu aku kje tak off...lemah satu badan. Yang best tuh aku stay umah kakak aku kt BBS (Bandar Baru Sentul) huhu.. maklumlah Kg Baru sekarang sangat panas nak duk umah satu hari pun rimas tu yang aku merempat umah kakak aku yang cam hotel inggeris tuhhh hahaha..duk kat tingkt 22 huhu sangat best okehhh...angin cam topan haha.

Photobucket


aku gi sane pun ade sebab gak.. kakak aku nk wat luahan rasa penat bekerja then aku layan je laaa..sapa lagi nk dengar kann aku la sebagai adek huhu..lagi satu sebab nk jumpe anak2 buah aku yang semakin comel n bijak! Yaya umur 4 tahun dah pandai baca buku peter n jane smpi abis walaupun pelat2 dia masih pekat n Aiman dh start nk berdiri masih bertatih huhu comel jek ngan gigi 2 btg tuhh....gerammm aku.

Photobucket
pose maut dr Aiman

malam tadi kakak aku call mama tanye perancangan cuti sekolah akan datang nk plan pi mane. mama aku masih lom wat keputusan lagik so kami kn balek kg dulu n r decide la nampaknye..aku bukan apa slalu sangat aku miss program ngan family sbb kerja..maklumlah takut kn kje luar...so nk cuti pun susah..haikhhh

Photobucket
YaYa like antu n Aiman gorgeous

tp insyaallah aku akan cuba gak cuti time cuti skolah niehh sbb x saba nk balek kampung...local fruits dah menunggu belakang umah aku..x saba nak manjat pokok huhu..nak mandi air terjun huh macam2 kepala aku tgh pikir niehh..

Photobucket
aku n Aiman

btw percutian 3 ari 2 malam di villa kakak aku sangat best...aman dan damai...keletah bebudak Aiman n Amira aka Yaya buat aku leka dan tak ingt langsung pasal kerja...

Saturday, August 2, 2008

Midnight Meat Train

kul 8.10pm mlm td aku dpt sms dr ecah katenyer ahli bersekutu nk wat meeting..aku x balas sbb cam malas nak jawab..8.30pm suzie plak sms katenyer nk kua lepak..huhuhu

apalagi cepat jek aku jwb nak...nakkk...lgpun duk umah bosan lakk..dah la panas gilerr..caittt! so dlm kul 9.15 suzie n rical pickup aku..otw umah ecah kami fikir nk lepak mane..aku ajak derang nengok wayunk kat capesquare huhu..kami nak redah jekkk..lgpon situh bukan ramai orang..lalala

so smpi jek tgkt 3 kami terus mnuju kaunter alahaiiii...cite tamil jekk banyakkk huhuhuhu..cite omputeh ade Dark Night ngan Midnight Meat Train disebabkan aku dh tgk Dark Night so kami decide tgk Midnight Meat Train leerr.. huhu


Photobucket



nguuu...mai..... aikhhhhh cite triller gilerr...men bunuh2 pakai gandin besi ngan cangkuk daging.. gilerr babi...citer dia ngeri gak laaa...naseb baik bukan cite antu hehehe tp cite dia mmg best laaa....bile tgk satu scene tuh...laluan lrt dia sebijik cam kg Baru nyer laluan...NGERI!! moral of the story jgn nek lrt, monorail, keretapi or wat ever yg berkenaan ngan train tgh malam...DASYHAT!!!


Friday, August 1, 2008

Wan Azizah undur!! abeslaaaa......

Photobucket

Wan Azizah undur - Beri laluan Anwar bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh

KUALA LUMPUR 31 Julai — Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi tersebut diwakili oleh Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan mengekalkan jawatan Presiden PKR manakala penggantinya sebagai Ketua Pembangkang akan ditentukan Pakatan Rakyat.

Anwar, 60, pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya yang telah sanggup melepaskan kerusi itu walaupun ia bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kerana ianya merupakan kerusi yang selamat baginya walaupun beliau ditawarkan beberapa kerusi Parlimen yang lain, termasuk kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Gombak yang diwakili Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958, kerusi Parlimen itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari mulai dari tarikh ia dikosongkan.

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil Barisan Nasional dari tahun 1982 sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan rasuah.

Disebabkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, Anwar yang dibebaskan pada September 2004, tidak layak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Menyentuh mengenai pengumumannya baru-baru ini untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru, Anwar berkata, proses petisyen pilihan raya kerusi itu akan memakan masa untuk diselesaikan.

“Setelah berunding dengan keluarga, (Anggota Parlimen Cheras dari DAP, Tan) Kok Wai, (Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim) Kit Siang dan (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng serta (Presiden Pas, Datuk Seri) Hadi Awang dan rakan-rakan di Permatang Pauh, mereka bersetuju untuk saya tawarkan diri,” katanya

Di KOTA KINABALU, Pandikar Amin memberitahu bahawa beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi itu bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengenai pengganti Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang, beliau berkata, itu terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk menentukan.

“Pakatan Rakyat boleh memilih untuk melantik Ketua Pembangkang dalam masa terdekat, iaitu pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 18 Ogos ini, atau menunggu sehingga pilihan raya kecil Permatang Pauh selesai,” katanya.

– Bernama

apa kate korang pasal nie? haikhhhh...nampaknyer negara kite akan tonggang terbalik! semua xmo mengalahh...semakin kusut!!