Thursday, May 17, 2012

Puding Kastard Hari Guru!

Salam'

Selamat Hari Guru titipan khas buat dua orang kakak elva iaitu Cikgu Hairani dan Cikgu Hairizah. Sori lambat 'wish' aaa...adikmu sibuk sendiri nie...hehe. Cerita pasal Hari Guru mestilah teringat waktu sekolah dulu.Paling best ketika darjah satu hingga enam, waktu tu elva tersangat2 la comel okeh...semua cikgu suka dan sayang elva sampi bg duit untuk beli makanan dan beli buku kt sekolah dulu, maklumlah dulu susah nak beli duit takde cikgu2 yang baik hati ni laa duk hulor duit tolong huhu.elva masih ingat lagi nama2 cikgu sekolah rendah cikgu ali, cikgu aziz, cikgu prasana,cikgu jalil dan ramai lagek laaa...bile tibe Hari Guru mesti ade majlis akan dibuat dan banyak acara2 hiburan menyanyi, menari hehe seronok sangat.terimbas plak kenangan tu huhu...tp tu laaa kann tinggal kenangan je laa. Tapi apa pon jasa guru pada kite sememangnya tak dapat di sangkal kerana mereka kite dapat kerja yang baik kann...oklah sudah2 la ngan kenangan tu kannn meh kite tgk resepi Hari Guru eakkk....


Bahan bahannye ;

Sebungkus roti (elva guna gardenia potong dadu atau koyak jek)
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla (pakai penutup dia je)
segengam kismis




Cara-caranya:

1. Masukkan telur dan gula dalam bekas besar dan kacau guna whisk sampai gula hancur dan sebati.
2. Masukkan tepung kastad dan kacau seterusnya tuang susu cair dan esen vanilla.kacau lagi.
3. Last sekali masukkan roti yang dah dipotong2 or koyak2 tadi dan kismis gaul rata dan tekan2 sket ok.
4. Bila semua dah mesra ambil loyang yang sedang dan sapu butter dan curahkan adunan dalam loyang.
5. Panaskan oven 10minit sebelum masukkan adunan ok. kemudian bakar dalam 30 minit dengan
    kepanasan 150 darjah celcius.





Hasilnya memang terbaekkkkkk!!!






No comments: