Friday, May 25, 2012

Muffin Pisang Walnut!!

Salam'



Seminggu elva sibuk sendiri. macam2 kerja di office yang menyesakkan masa elva untuk berblog. sampaikan masak pon tak sempat hehehe...sebenarnya ada masa cume sikap malas datang kembali..hahaha. dah laa pagi nie hujan renyai2 lebat rase sangat malas nak bangun gi kerja. tapi disebabkan mlm nie elva balek kluang mood pon bertukar gumbire..huehuehue tak sabar nak jumpe mak n abah rindu sangat2 kat diaorang dh 2 bln elva tak balek..'hadi' pon dah besar nie....dah 6 bln usia dia.....tunggu achu balek 'hadi'!! achu bawak hadiah tuk 'hadi' tau...huehue dengar cerita dr mak budak tecit tu asyik gelak je keje dia hehehe...comel2! 


woopss...lupe plak elva nk masukkan entri masak2. Resepi dia senang jek sbb elva ambik dr plastik tepung dah sedia ada hahaha 'instant' leeee huehue sebok sangat gamaknye aku nie kann hahaha cume tambah telur, gula dan minyak n pisang jekkk...senang dan mudah bile kene dgn orang macam elva yg semua nak cepat hahahaha lebur2 jek dalam mangkuk dan putarrrr....so sile laaa amek resepi ringkas nie...


Bahan bahannya ;

75 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
115 gm gula castor (gula pasir pon bole)
1 tsp esen vanilla
2 biji pisang besar
2 biji telur
2 sudu minyak
125 susu segar (tak nak letak pon takpe)
kacang walnut segengam ditumbuk kasar
secubit garam


cara caranya ;

  • Lenyek pisang hingga halus
  • Masukkan telur yang dipukul sedikit dengan garfu
  • Kemudian masukkan gula,minyak masak,esen vanilla,susu segar dan butter.kacau hingga rata
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking soda, baking powder,garam
  • Masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan sebati
  • Akhir sekali masukkan kacang walnut dan gaul rata dan letakkan sedikit kat atas utk hiasan
  • Sudukan adunan ke dalam cawa kertas 3/4 penuh dan bakar hingga masak dalam 150 darjah celsius selama 20 min.



semerbak baunya tauuu.....huehue 




Thursday, May 17, 2012

Puding Kastard Hari Guru!

Salam'

Selamat Hari Guru titipan khas buat dua orang kakak elva iaitu Cikgu Hairani dan Cikgu Hairizah. Sori lambat 'wish' aaa...adikmu sibuk sendiri nie...hehe. Cerita pasal Hari Guru mestilah teringat waktu sekolah dulu.Paling best ketika darjah satu hingga enam, waktu tu elva tersangat2 la comel okeh...semua cikgu suka dan sayang elva sampi bg duit untuk beli makanan dan beli buku kt sekolah dulu, maklumlah dulu susah nak beli duit takde cikgu2 yang baik hati ni laa duk hulor duit tolong huhu.elva masih ingat lagi nama2 cikgu sekolah rendah cikgu ali, cikgu aziz, cikgu prasana,cikgu jalil dan ramai lagek laaa...bile tibe Hari Guru mesti ade majlis akan dibuat dan banyak acara2 hiburan menyanyi, menari hehe seronok sangat.terimbas plak kenangan tu huhu...tp tu laaa kann tinggal kenangan je laa. Tapi apa pon jasa guru pada kite sememangnya tak dapat di sangkal kerana mereka kite dapat kerja yang baik kann...oklah sudah2 la ngan kenangan tu kannn meh kite tgk resepi Hari Guru eakkk....


Bahan bahannye ;

Sebungkus roti (elva guna gardenia potong dadu atau koyak jek)
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla (pakai penutup dia je)
segengam kismis




Cara-caranya:

1. Masukkan telur dan gula dalam bekas besar dan kacau guna whisk sampai gula hancur dan sebati.
2. Masukkan tepung kastad dan kacau seterusnya tuang susu cair dan esen vanilla.kacau lagi.
3. Last sekali masukkan roti yang dah dipotong2 or koyak2 tadi dan kismis gaul rata dan tekan2 sket ok.
4. Bila semua dah mesra ambil loyang yang sedang dan sapu butter dan curahkan adunan dalam loyang.
5. Panaskan oven 10minit sebelum masukkan adunan ok. kemudian bakar dalam 30 minit dengan
    kepanasan 150 darjah celcius.





Hasilnya memang terbaekkkkkk!!!






Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Salam'

Selamat pagi!! Selamat Hari Ibu pada wanita seluruh dunia eh..ehh mcm tajuk lagu projek pistol plak opsss dah tengahari ke? wawawawa ape pon x masuk perut lagek nie....lapa gilos! nak masak ape pon x tau ni...hehehe. Tengok...tengok tertonggeng tonggeng elva nak cari resepi nak masak nie....hahaha


Cakap pasal Hari Ibu mesti kita akan kaitkan dengan pengorbanan kan? betol tak? tak payah cakap pasal org laen laa...mak elva pon dah banyak buat pengorbanan pada keluarga kami. Sejak mak dan abah masuk FELDA thn 1979 pengorbanan mak sangat banyak dan tak terkira, mana menolong abah di kebun, menjaga elva dan kakak2 sehingga kami berjaya dengan kerjaya memasing...jadi orang laaa..berjaya la tu kannn..memandangkan  elva dan manje (sista no 2) dok kat kl jadi kami sepakat balek kampung hujung bulan nie akan bawak mak n abah kua makan besar nanti untuk meraikan keseronokkan yang berganda2 sejak akhir2 ni. Along (sista no 1) kat kampung oke jek tuuu...no halll... 

Okeh mau masak laaa...sangat lapa tahap gaban nie!! daaaa

Saturday, May 12, 2012

Nasi Goreng Kampung Fireball

Bila Bulan Bertemu Matahari bersinar semula.....
salam'

Dah setahun tak menjenguk blog..bersawang abes hehe. kengkawan blog pon ade yang dah lupekan, memasing dgn facebook, twitter... sian blogspot saye sunyi sepi hahaha.tapi insyaallah lepas nie elva akan hidupkan balek dunia blog elva huhu..walaupon dah masuk setengah tahun 2012 rasenye elva boleh hidupkan balek blog 'bila bulan bertemu matahari' ni..kerana dah ada hobi lama yang nak di kongsi tapi br sekarang baru perasan....cuba teka....hehehe

apelaaa...hobi elva sekarang yek??

Mesti tak dapat nak agak kannn.....sebenarnya elva sangat suke 'memasak' dan sekarang sgt suke ngan blog kakak2 n abang2 yang sangat pandai memasak macam2 resepi.. geram tengok resepi2 dengan teknik mengambil gambar makanan 'food style pic' derang mcm kak azlita, che mat gebu, selera4u, kak siti sangat pro laaa...elva nie baru nak belajar...mungkin boleh bagi tips nnti eakk... 



Tapi n3 elva nnti mungkin hujung minggu jek sbb elva kerja 8-5 separuh hari dh dkt 'office'  tak dapat nak masak hari2 yek....oklah nak melepakkan diri dah ni...so untuk n3 pertama resepi elva adalah 'nasi goreng kampung fireball' yang elva masak tengahari tadi..waktu mendung berarak 4 jam tapi hujan 10 minit hehehe 'hujan rahmat' namanye tuu kann...


Nasi Goreng Kampung Fireball

Bahan-bahan :
2 biji bawang merah yg sedang (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk elva letak 3 ulas sbb suke)
8 batang cili padi (ditumbuk..kalo nk pedas letak segengam pon okeh..)
ikan bilis secubit (ditumbuk)

1 biji telur
2 keping isi ayam (potong dadu)
1 bungkus fishball (belah 2)
3 batang kacang panjang (potong dadu)

Nasi Putih (2 mangkuk yg dh sejuk dlm peti ais)
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa


Cara memasak :
1. Tumis dengan sesudu minyak bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yg didadu kacau hingga masak.
3. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa...jgn banyak2 tau karang botak plak hahaha. kacau rata.
4. Setelah ayam nampak masak, masukkan fishball dan kacang panjang kalo kering tambah air sedikit dan 
    biar masak.
5. Setelah masak bahan2 tadi, last sekali masukkan nasi putih...gaul dan kacau hingga rata tumisan dan 
    mesra semesrannya....bolelah angkat dan hidang.
6. Akhir sekali goreng telur mata lembu.dan hidangkan bersama nasi goreng...tadaaaa (nk pecah telur kat
    nasi pon bole)