Wednesday, December 16, 2009

Salam Awal Muharram!

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun

Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wednesday, December 2, 2009

December I Like It!


alhamdulilah....genap 13thn aku arinih...hehehe...ape? kenape korang jeles? aku silap ape?hehehehe... terbalekkan sjak nombor itue...huhuhu. eleh itue pon nak emo..lek aaaa....apa ade pada nombor. betol tak? ske tak? hahaha

aku rasa impian tuk tahun nie aku dah laksanakan. korang macamana? maklumlah kan lagik 29 ari nk abes tahun...hurmmm masa cepat betol kan? rasa cam tak sempat nak buat plan. cuma satu je keje yang aku tak dapat buat...hurmmm. kang kalo telaksana aku bitau ok..

sambutan besday? aku tak buat apa2 pon. buat bodo jekk. baik kite sambut besday ari2 dr menyambut dok menunggu sampi bulan tiba..hehehe..manusia biase leee...tapi macamana pon aku tetap ske no 2!

thanks pada mereka yg wish....mak n abah, along n angah..n semua kengkawan.. ;]
semoga korang doakan yg baek2 tuk aku ok! tengkiu... n i lap u!

Wednesday, November 18, 2009

Zebra Air

huhu.....2 minggu tak mengetuk jemari kat blog yang hampir2 bersawang nie rasa rindu gak. cerita banyak tapi malas nak update.hehe...

lately memang banyak benda terjadi pada aku tapi cerita2 tu semua aku tak bole tayang kat blog sebab tau2 je laaa dalamzaman it nie..semua orang sebok nak memburukkan orang dalam blog dalam 'muka buku' huhuhu..macam dh tak de rahsia kannn. jadi baik diam dari bercerita cerita yang bole mengaibkan, betol tak?

tinggalkan pasal cerita yang tak best tu kannn..baru2 nie aku masuk koir..hehehe biaselahh dah tua2 baru terasa nk melalak acara berkumpulan...nak masuk pon kontroversi tau..aku tak tau laa nk teruskan atau keluar...hurmm..entahlahhh..tapi bile bersama2 kawan2 laen yang best macam nk teruskan..tp bile ingat @#$%^&* tak sanggup plak nk meneruskan hehehe...kasar bahasa tu tauuu hehe. apa2 pon ' Hari Q ' aritu aku n kawan2 koir dah buat yang terbaik... dengar2 feedback derang memuji katenyerr dari sebelumnya yang hanya tau miming huhu...





gembira bila bersama2 ngan kawan2 ku yang semua SENGET huhu...chaiyooookk!


Tuesday, November 3, 2009

Selamat Malam Sayang ;p

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

* sambil feeling nak tido....best ;p

Saturday, October 24, 2009

lama sudah...

Lama dah tak becerita kt sini.. cite banyak tapi jari jemari plak malas nk menari kt 'puteh'...hurmm. Raya Puasa dh berlalu...Raya Deepak dh lepas...akan datang Raya haji pulak. Letih otak bila pikir pasal CUTI bukan apa, penat-penat buat perancangan last-last kena tuka jugakk...nak benci susah nak marah tak kuasa nak maki depan-depan macam tak berani nak mengutuk mampu di belakang aje....haikhhhhh last-last buat bodo je..malang sungguh nasib aku nie. Rase-rase apa yang aku patut buat? arahan tak bole kata tidak. walaupon keje yang aku buat aku ske tapi disebabkan benda-benda remeh camni aku jadi malas. malas nk pikir...malas nk buat...malas nk dengar...malas nk campur...malas segale-gale. Cuti hak siapa? Off hak siapa? EL hak siapa? MC hak siapa? semua tu apa? aku dah BIOL!